Wednesday 26 March 2014

Selamat Tinggal MH370



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera!



   Semenjak berita yang amat sedih mengenai MH370 diumumkan, tiada kata-kata yang dapat diluahkan melainkan memanjatkan doa kehadrat Allah S.W.T tuhan sekelian alam agar diberi kekuatan dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga semua penumpang dan anak kapal MH370 diatas kehilangan orang-orang yang disayangi. Semoga Allah akan mengantikan kehilangan itu dengan sesuatu yang lebih baik. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Tragedi yang masih lagi misteri sehingga ke tarikh ini kerana yang pastinya ia berada diluar pengetahuan manusia. Banyak persoalan yang timbul mengenai tragedi ini, bagaimana ia berlaku dan kenapa boleh ia berlaku walaupun MH370 dikatakan mempunyai peralatan dan teknologi yang canggih dan moden. Namun kuasa Allah mengatasi segalanya, ada hikmah dan pengajaran yang disampaikan olehNya kepada kita semua disebaliknya tragedi itu. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370. Al-fatihah dan selamat tinggal...


No comments:

Post a Comment